Daisypath Friendship tickers

Monday, July 11, 2011

Teruskan hidup..

Salam.Hari ini hari terakhir aku berada kat Kota Tinggi setelah hampir 4 hari datang bercuti kat rumah mak angkat.Alhamdulillah memang seronok bila dapat bertemu lagi dengan mak angkat kesayangan hamba serta seluruh ahli keluarganya setelah beberapa bulan tak ketemu.

Hampir kesemua ahli keluarganya aku kenal tp setiap kali mereka datang ke warung Zack' Corner tentu mereka tak lepas menanyakan soalan cepumas padaku.Korang nak tahu apa?.Alaa..soklan dah basi seperti biasa bila melihat anak dara cam aku yg belum kahwin.Ermm..yg aku boleh buat hanyalah senyum,jawab ada jodoh adalah...dalam hati aku,malas dh nk pening2kan kepala.

Skrg ni aku teruskan hidup aku ni bersendirian.Dekatkan diri pada Allah swt,biarlah dia je terus dalam hati ini.Bukan aku menolak jodoh ( jika ada ) tp aku tak rasa aku mampu dah utk jodoh lain tue kelak.Takpelah,tak payah nak dirunsingkan masalah aku ni.Tak rugi pun kalau korang tak memikirkannya,malah takde untung langsung.

Kita tunggu dan lihat jelah macammana ok.

Sepanjang ada kat sini,menu utama adalah mee hailam.Sedap woo..nanti aku amik gambar mee hailam & upload kat sini k.Pada aku mee hailam kat sini lain,takde kat tempat lain.So sesiapa readers yg baca blog ni datang Kota Tinggi,meh ler datang pekena mee hailam kat warung Zack's Corner.Bukan itu je menunya..ada byk menu lain yg best2 seperti beef steak,chicken chop,bihun gulung dan pelbagai lagi.Try laa datang sini.Warung betul2 dekat dengan Masjid Jamek Kota Tinggi,arah nak ke Air Terjun Kota Tinggi yg hanya 8km jaraknya.Erkk?.Kira jauh gak tue...hahaha.....sori,keje ambe bukan ukur jalan.

Aku mmg takleh lepas dengan lappy selama kat sini.Asyik online je..haha! Layan ke facebook,layan games...hilangkan tension dlm diri.Pastu bila tiba malam,pi tolong skit2 kat warung tue.Selalu dok kat cashier jelah.Lepas tue bosan dok kat warung,masuk online lagi.Itulah rutin harian aku kat sini.

Esok dah nk balik Kajang,lusa dah masuk kerja.Adei..tentu byk kerja menanti kat pejabat tue.Ermm..k la..nanti sambung pokpek lagi yer.Wassalam.