Daisypath Friendship tickers

Thursday, January 28, 2010

Tanda-Tanda Takut Kepada Allah



LISAN

Dia menghindarkan daripada berdusta,ghibah,mnenyebar fitnah,berbual kosong & bercakap banyak.Malah menyibukkan diri dengan zikir,membaca Al-Quran & muzakarah ilmu.

HATI

Dia membuang rasa permusuhan,kebodohan & kedengkian terhadap sahabatnya.Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda

" Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu "

Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.Tidak ada ubat utk penyakit hati selain dari ilmu & amal.

PANDANGAN

Dia tidak suka memandang pada makanan,minuman,pakaian atau hal² lain yang haram.Tidak pula terpikat pada dunia.Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.Rasulullah SAW telah bersabda

"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram,maka Allah memenuhinya daripada api pada hari Kiamat"

PERUT

Perut yang tidak diisi barang yang haram.Tetapi perut yang diisi dengan barang yg haram adalah dosa besar.Sebagaimana sabda Nabi SAW

"Manakala sesuap daripada barang yang haram masuk ke perut seseorang,maka seluruh Malaikat dilangit & dibumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada dalam perutnya.Jika dia mati dalam keadaan demikian,maka tempatnya diNeraka"

TANGAN

Dia tidak menggunakan tangannya utk perkara haram.Tetapi hanya menggunakannya utk mentaati kepada perintah Allah iaitu melakukan apa yang DIA suruh,meninggalkan apa yang DIA larang.Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar,dia berkata

"Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau.Didalamnya terdapat 7000aula.Setiap aula terdapat 70000 pondok.Tidak ada yang boleh masuk ke situ,selain orang yang ditawarkan barang haram,namun dia menolaknya kerana takutkan Allah"

KAKI

Dia tidak berjalan utk maksiat.Tetapi hanya melangkah utk taat kepada Allah,mencari keredhaanNya serta utk bergaul dengan para ulama' & orang² yang soleh.

KETAATAN

Dia menjadikan ketaatannya semata-mata utk mencari keredhaan Allah.Takut akan riak dan munafik.

Kesimpulannya

Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut,maka dia termasuk dalam kategori orang² yang dikatakan oleh Allah swt

"Sesungguhnya orang-orang yang TAQWA dalam kebun-kebun dan mata air ( SYURGA )"

Seolah-olah Allah mengatakan "Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api Neraka"

Dan seharusnya seorang mukmin harus berada diantara rasa takut dan berharap.Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah.Tidak berputus asa mengharapkannya.Sebagaimana termaktub dalam firman Allah

"Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah" (Q.S.Asy Syura:28)

Dia harus senantiasa menyembah kepada Allah.Menghentikan perbuatan buruk.Serta bertaubat kepada Allah.

Monday, January 4, 2010

Berhabuk Sudah!!

Lama betul x update,bukan x view..view dah byk kali tp idea nk tulis blog ni kosong.
ideas nk capture gmbr² pun zero,so sebab tue aku byk diam skrg drpd aktif berBLOG ni.
So hari ni aku usaha gak rajinkan diri on9 blogspot aku ni & type something new about my life in 2010.

Selamat Tahun Baru 2010/Maal Hijrah 1431H utk semua!!


Hari ni dah 4 Januari 2010 / 18 Muharam 1431,sekejap je masa berlalu.Pejam celik pejam celik dah masuk 2010,bulan 5 nanti dah 29tahun dh aku.Single but not available :)

Skrg ni aku lebih akif berFesbuk berbanding on9 kat website² lain macam Netlog,Friendster,Myspace mahupun Tagged.Just on9 if ada comments & msg je.
Yang lain xlayan..so apa nk buat ek?.

Hari² yg lalu,aku lalui dengan tenang..alhamdulillah.Walaupun kadang jatuh jugak air jernih dr mataku ni bila mengenangkan hal² lepas & berlaku pada diriku.Yang x elok tue semua xnak ianya berlaku tapi apakan daya,dah ditentukan Allah swt so kenalah redha akan takdirNya.

Izzah dah 7 bulan bergelar isteri kepada Mohammad Azuwad,abg Amar coming soon..insyaAllah this febuary 14,2010.aku???.entahlaa..ada jodoh adalah tue.
Tapi sebolehnya aku mahu insan yg aku syg tu yg jadi suamiku,abah kepada anak²ku kelak.Apa²pun jodoh adalah hak mutlak Allah swt,aku hanya mampu merancang & berdoa padaNya.



Aku x keje..dok je rumah,'tanam anggur' yg x pernah berbuah.Cari kerja tapi hati x terbuka utk menerimanya.Usaha berdoa agar dibuka pintu hati ni tuk bekerja suatu hari nanti,insyaAllah.Hobi aku dok rumah cam biasa je..selain memasak,surfing the internet..aku minat photography.Dah register utk kursus fotografi tapi x pernah dapat..sedih betul aku! maybe belum rezeki aku lg..sabar yer,Yusra!



Yg buat aku hepi bila dpt sms/call dr dia,bila masakan aku menjadi,bila mama/iza suka ngan masakan aku,bila aku dpt hepikan org² disekelilingku,bila ada kucing yg singgah bertandang ke rumahku & bila tanaman² yang aku tanam hidup subur dihalaman rumah ini.



the end for today :))