Daisypath Friendship tickers

Thursday, January 28, 2010

Tanda-Tanda Takut Kepada Allah



LISAN

Dia menghindarkan daripada berdusta,ghibah,mnenyebar fitnah,berbual kosong & bercakap banyak.Malah menyibukkan diri dengan zikir,membaca Al-Quran & muzakarah ilmu.

HATI

Dia membuang rasa permusuhan,kebodohan & kedengkian terhadap sahabatnya.Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda

" Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu "

Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.Tidak ada ubat utk penyakit hati selain dari ilmu & amal.

PANDANGAN

Dia tidak suka memandang pada makanan,minuman,pakaian atau hal² lain yang haram.Tidak pula terpikat pada dunia.Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.Rasulullah SAW telah bersabda

"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram,maka Allah memenuhinya daripada api pada hari Kiamat"

PERUT

Perut yang tidak diisi barang yang haram.Tetapi perut yang diisi dengan barang yg haram adalah dosa besar.Sebagaimana sabda Nabi SAW

"Manakala sesuap daripada barang yang haram masuk ke perut seseorang,maka seluruh Malaikat dilangit & dibumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada dalam perutnya.Jika dia mati dalam keadaan demikian,maka tempatnya diNeraka"

TANGAN

Dia tidak menggunakan tangannya utk perkara haram.Tetapi hanya menggunakannya utk mentaati kepada perintah Allah iaitu melakukan apa yang DIA suruh,meninggalkan apa yang DIA larang.Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar,dia berkata

"Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau.Didalamnya terdapat 7000aula.Setiap aula terdapat 70000 pondok.Tidak ada yang boleh masuk ke situ,selain orang yang ditawarkan barang haram,namun dia menolaknya kerana takutkan Allah"

KAKI

Dia tidak berjalan utk maksiat.Tetapi hanya melangkah utk taat kepada Allah,mencari keredhaanNya serta utk bergaul dengan para ulama' & orang² yang soleh.

KETAATAN

Dia menjadikan ketaatannya semata-mata utk mencari keredhaan Allah.Takut akan riak dan munafik.

Kesimpulannya

Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut,maka dia termasuk dalam kategori orang² yang dikatakan oleh Allah swt

"Sesungguhnya orang-orang yang TAQWA dalam kebun-kebun dan mata air ( SYURGA )"

Seolah-olah Allah mengatakan "Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api Neraka"

Dan seharusnya seorang mukmin harus berada diantara rasa takut dan berharap.Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah.Tidak berputus asa mengharapkannya.Sebagaimana termaktub dalam firman Allah

"Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah" (Q.S.Asy Syura:28)

Dia harus senantiasa menyembah kepada Allah.Menghentikan perbuatan buruk.Serta bertaubat kepada Allah.

1 comment:

  1. Salam Yusra & semua pembaca blog ni,

    Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

    Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    atau boleh terus ke:
    http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

    TQVM
    -zu-

    ReplyDelete