Daisypath Friendship tickers

Sunday, August 16, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam..

InsyaAllah,22hb ni kita akan menyambut bulan yg mulia utk umat² junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW.Marilah sama² kita mengejar kelebihan dalam solat sunat terawih,witir & bulan ramadhan itu sendiri yg penuh dengan kenikmatan yg akan kita perolehi kesenangan & kebahagiaan diakhirat kelak,insyaAllah.


Tiba ramadhan,dh tentu bazaar ramadhan meriah sgt dengan lauk-pauk,kueh-mueh yg pelbagai citarasa yg boleh didapati kat situ dengan bermacam² ragam hamba² Allah swt yg berpusu² membeli juadah berbuka puasa utk diri,keluarga bg yg dh berkahwin..penuh tangan ngan beg plastik.Seronok sebenarnyer bila kita betul² menghayati nikmat berpuasa,lebih² lagi bila time berbuka..wahh..nikmat! So pada kawan² tue,berbelanjalah dengan cermat apabila mengunjungi bazaar ramadhan yer,beli apa yg mahu shj.

Jangan ikut nafsu..nanti membazir pula,ok.


selamat berpuasa...!
wassalam

Friday, August 14, 2009

Pergi Takkan Kembali


Begitulah janji Allah pada hamba²Nya yg hidup diatas muka bumi milikNya yg abadi.
Yang hidup pasti akan menemui mati..Hanya amalan baik menentukan syurga akhirat utk kita.
al-fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim,vokalis utama RABBANI.

"entah kenapa aku rasa gerun,takut padaNya bagaimana pula kematianku kelak,cukupkah amalan baikku utk dibawa ke sana nanti,adakah berat timbangan pahala atau ringankah?.aku tak tahu..."

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibubapa,dosa ahli keluargaku,dosa kekasihku & dosa seluruh umat ISLAM didunia ini serta KAU permudahkanlah perhitungan kami diakhirat kelak.amin

Polish....

Tarikh : Selasa 11 Ogos 2009

Masa : 5petang - 8malam (3jam)

Tempat : Shell Car Wash at Bangi,Seksyen 7.

Nawaitu : Wash & Polish

Bayaran : RM80 (mahal)

For the 1st time Izzah berniat nk polish kereta,dia
nak sgt.So aku turutkan aje,bukan guna duit aku pun.

Nak polish sahaja ambil masa 2jam,lagi sejam menanti kereta masuk port & cuci.Serik dah nk buat lagi,x sanggup.

Bayaran mahal tp hasilnya kurang memuaskan,masih ada kesan kotoran dipolish dimana².Tak buat dengan teliti.

Tempat menanti punya hangat pijau,ada kipas tapi xde pulak dipasang utk keselesaan pelanggan.

Buat kerja sambil bergurau,berborak...tak serius menjalankan tugas.Yang perit menanti adalah kami ni...3jam menunggu.Rumah jauh lagi nak balik,jalan jammed....solat lagi nk tunaikan.isshhh

Kesimpulannya

  • Stop polish kereta kat situ even murah harganya berbanding tempat lain.
  • Dahlah mahal,hasilnya kurang memuaskan.
  • Tak serius menjalankan tugas.
  • Bikin pelanggan menunggu lama.
  • Tempat menanti kurang selesa,tinggi sgtlah kerusi tue.
  • Surau share dengan lelaki,cukup x menyenangkan.
  • Banyak kereta Q so lama kena tunggu.
  • Pandai pula pekerja nak balik awal tapi buat kerja sambil lewa...apa kes?????.
  • Mama dah call berulang-kali tanya bila nk balik,dah lewat blaa..blaa..blaa,dia risau.

The End

Thursday, August 13, 2009

Kelebihan Solat Terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selamat Beramal