Daisypath Friendship tickers

Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan



Salam.

Alhamdulillah,dengan izinNya maka berkesempatan diri ini memiliki beberapa keping gambar Gerhana Bulan pada 10/12/11,Sabtu pada jam 11.37 hingga 11.39 malam.Buat pertama kalinya ambe dapat mengambil kejadian gerhana bulan ciptaan Allah swt yg sgt menakjubkan ini,subhanallah!

Saturday, December 10, 2011

Babai

Assalamualaikum.
Apa agaknya yg korang fikirkan title kat atas tue 'babai' a.k.a 'bye' a.k.a selamat tinggal a.k.a sayonara..ehh,byk pulak cekadak aku nk translate babai dlm pelbagai bahasa...hehehe!

Bukan babai utk meninggalkan seseorang mahupun berpindah ke mana-mana,just nk share yg diri ini dh sebulan lebih tak menelan air bergas.Air pepsi & coke yg dulunya menjadi minuman harian telahku tinggalkan.Pasal pe?.Last minum sebulan yg lalu..time tue balik raya haji kat Dungun.

.....singgah beli mekdi kat situ.

Lepas minum tue..dlm beberapa jam,diri dh start sakit-sakit.Memang sakit sangat,Allah shj yg tahu.Sejak kejadian tue,aku nekad utk tinggalkan air yg mendatangkan kesakitan buatku.

Itu bab air..baru je sebulan,insyaAllah sampai bila-bila pun takkan dah minum.Bab makanan pula mmg byk yg dh lama tinggalkan.Terutama buah-buahan seperti rambutan,langsat,dulu,dukung...laici.Sayuran pula macam kekacang mmg dh lama tak makan.Semua tue bikin sakit belaka.

Takpelah,dah takde rezeki nk minum & makan semua tue.Ada hikmah kenapakan?.ermm..hikmahnya aku sihat,kalau sakit pun boleh sembuh dgn cepat.Alhamdulillah....smlm kena migrain sebab pening memikirkan hal diri & kerja.

k laa..perut dh lapo.Nak masak sup ayam ke bihun sup?.ermm.....

Sunday, November 13, 2011

SE Xperia ARC S

Salam & alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi Yang Maha Pemurah..

akhirnya dpt juga apa yg dihajati iaitu ingin memiliki sebuah telefon pintar dalam bahasa omputehnyer adalah smartphone,bukan semakpon yer tp kekadang bikin semak gak sebab duit melayang utk membelinya..hehehe!

Semalam bertarikhkan 12 November 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432 Hijriah,Sabtu maka termakhtublah ARC S telah dimiliki oleh diri ini.Kenapa pilih brand SE ek?.Sebab bateri tahan lama berbanding Nokia,nk bandingkan dgn brand lain xleh sebab x penah pakai selain nokia & Sony Ericsson.Antara sebab2 membeli hp ini adalah :-

* Housingnya menarik,tertarik ko mmg deboommmm..kebaaaboomm!
* Pilih SE Xperia ARC S kerana kualiti gmbr tip top,HD version & guna bravia
engine,selain ada LED flash.Byk lg laa specifications,kalau nak tahu pi tgk kat
website Sony Ericsson Malaysia

* dah lama idamkan nk guna smartphone
* ada wifi senang nk on9 facebook,almaklumlah saya ni mmg jenis 'hantu online' layan
games.
* Bila bosan boleh layan Angry Bird yg ada pelbagai versi..hehe!
* Speedy loading..tak perlu tunggu lama-lama..sonok!

Apalagi ek?.dah x reti nk komen...yg pasti,mmg best laa hp ini even baru pakai beberapa jam semalam.

Oklah..itu shj,gambar nanti sy upload k.Bukan nk menunjuk tp sekadar nk share citer je.So sape ada pengalaman guna GPS utk garmin free ke..sila share kat sini,info diperlukan..hehe! thanks.

Wednesday, November 9, 2011

U.P.D.A.T.E.D

Salam..
Lamanya tak update blog ni.
Dah byk sawang kat ruang sana-sini.
Penat plak nk bersihkan..huhuhu!

Aidiladha dah pun berlalu pergi.Setelah hampir 13 tahun meninggalkan Dungun,akhirnya raya lepas dpt gak merasai hidup kat sana semula.Semuanya dh berubah,Dungun dah tak macam dulu,tgk macam serabut je.3 hari balik sana dlm keadaan tak sihat,hari last kat sana jatuh sakit yg amat sgt.Perut jadi kosong sebab segala apa yg dijamah seharian semuanya terkeluar balik.Jam dekat 12 pagi baru jamah nasi ngan sup tulang mama masakkan.Beraya pun ala-kadar je...takde mood nk beraya,zero.



Selama kat Dungun beberapa hari sempat ler pi bersiar2 ditepian pantai Tanjung Jara dgn kembar & suaminya.Gambar sy mmg tak banyak sebab saya yg jd tukang gambar..hehe!





Kerja?.Esok mula keje balik..kesihatan plak belum ok sepenuhnya.
Migrain asyik menyerang je sejak kebelakangan ini..sabar..sabar...
Bulan 12 ni maybe start keje kat pengurusan & semua staf baru.
Tak tahulah bagaimana keadaannya nanti,semoga semuanya dipermudahkan Allah swt,amin.
Pening gak memikirkan urusan nk memandu kereta..penakut nk drive kete,lesen ada tp x guna.

huhu...tolong!! camne ni nk g keje kalau kembar cuti or mc?.ada sesape leh jadi drebar sy x?.hehehe.......sesuka je.

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan & Aidilfitri

Salam Ramadhan Al-Mubarak semua,

Hari ini adalah hari yg 23 ramadhan & malam ke 24.Sekejap je Ramadhan dah nk pergi meninggalkan kitakan?.Entahkan jumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan,wallahu'alam.
InsyaAllah dapat jumpa yer Ramadhan,ambe sentiasa menantimu.

Aidilfitri akan menjelang 7 hari je lagi mulai hari ini,insyaAllah 31Ogos ni dah raya.Mood raya 50% je.Macam takde langsung fikirkan bab nak beraya.Cuma nak sgt jumpa si dia,rindu bangat kat dia hanya Allah swt shj yg tahu.

Pertengahan Ramadhan lepas,mama diberi surat pertukaran tempat kerja dr Putrajaya ke Dungun.Memang rushing giler mama utk berpindah dalam masa yg singkat ni,kesian dia.Sekarang dok ulang-alik dr Kuala Terengganu ke Dungun,menumpang rumah adiknya.Dulu dok rumah adik dia yg lain tp dek kerana adik dia tue wahi ngat bebel so mama membawa diri ke rumah adik perempuan bongsunya kat Gong Tok Nasek.

Bukan tak cari rumah sewa tp susah sangat nak dpt rumah sewa yg berkeadaan baik & sewa yg berpatutan.Hari tu dah dapat satu rumah sewa yg baru siap ngan pemasangan air panas kat shower tp halaman rumah plak bermasalah,berumput panjang.Adei...dah ler mama sorang²,if ambe de buleh gop ambe tulun potongkan rumput tue.So reject!

Ok,stop citer pasal tue k nanti berapi plak hati bila ingatkan balik.Kita citer lain.InsyaAllah 26Ogos ni ambe balik Kemaman dengan kakak sepupu serta keluarganya.Tumpang balik ke sana sebab mama dah pindah kerja di Dungun.Malam sabtu hari Jumaat,kami akan bertolak ke Kemaman,semoga Allah swt merahmati perjalanan kami..amin.

Baiklah..mood nk update dah lari sebab suhu sejuk sgt kat office ni.Kat luar hujan lebat tadi,datang² dh kuyup...moga tak demamlah ambe nanti,amin.Lainkali laa aku update lagi.


.: Selamat Hari Raya Aidilfitri :.

** Maaf if ambe de wat salah & silap k **

wassalam.

Monday, July 11, 2011

Teruskan hidup..

Salam.Hari ini hari terakhir aku berada kat Kota Tinggi setelah hampir 4 hari datang bercuti kat rumah mak angkat.Alhamdulillah memang seronok bila dapat bertemu lagi dengan mak angkat kesayangan hamba serta seluruh ahli keluarganya setelah beberapa bulan tak ketemu.

Hampir kesemua ahli keluarganya aku kenal tp setiap kali mereka datang ke warung Zack' Corner tentu mereka tak lepas menanyakan soalan cepumas padaku.Korang nak tahu apa?.Alaa..soklan dah basi seperti biasa bila melihat anak dara cam aku yg belum kahwin.Ermm..yg aku boleh buat hanyalah senyum,jawab ada jodoh adalah...dalam hati aku,malas dh nk pening2kan kepala.

Skrg ni aku teruskan hidup aku ni bersendirian.Dekatkan diri pada Allah swt,biarlah dia je terus dalam hati ini.Bukan aku menolak jodoh ( jika ada ) tp aku tak rasa aku mampu dah utk jodoh lain tue kelak.Takpelah,tak payah nak dirunsingkan masalah aku ni.Tak rugi pun kalau korang tak memikirkannya,malah takde untung langsung.

Kita tunggu dan lihat jelah macammana ok.

Sepanjang ada kat sini,menu utama adalah mee hailam.Sedap woo..nanti aku amik gambar mee hailam & upload kat sini k.Pada aku mee hailam kat sini lain,takde kat tempat lain.So sesiapa readers yg baca blog ni datang Kota Tinggi,meh ler datang pekena mee hailam kat warung Zack's Corner.Bukan itu je menunya..ada byk menu lain yg best2 seperti beef steak,chicken chop,bihun gulung dan pelbagai lagi.Try laa datang sini.Warung betul2 dekat dengan Masjid Jamek Kota Tinggi,arah nak ke Air Terjun Kota Tinggi yg hanya 8km jaraknya.Erkk?.Kira jauh gak tue...hahaha.....sori,keje ambe bukan ukur jalan.

Aku mmg takleh lepas dengan lappy selama kat sini.Asyik online je..haha! Layan ke facebook,layan games...hilangkan tension dlm diri.Pastu bila tiba malam,pi tolong skit2 kat warung tue.Selalu dok kat cashier jelah.Lepas tue bosan dok kat warung,masuk online lagi.Itulah rutin harian aku kat sini.

Esok dah nk balik Kajang,lusa dah masuk kerja.Adei..tentu byk kerja menanti kat pejabat tue.Ermm..k la..nanti sambung pokpek lagi yer.Wassalam.




Friday, June 17, 2011

Muka Baru

Assalamualaikum.

Penatnya memilih yg mana layout yg berkenan dihati,last2 amik je layout warna ni sebagai pilihan yg kira oklah kot.Sungguh benar aku buang masa dengan menilik satu persatu layout.

Dr yg kategori cute smpi ler ke girly..owww..sampai ler emo..erk??.hingga ke dark layouts.Alih2 beralih gak ke cute sebab merasa diri ini cute...hahaha..yeke?.uweekkks!!

So how?.

Ok x muka baru blogku ini?.You know what,it's took 2 days for me to choose which one layout that i like to put on it.Hahaha...amik ko! macam pilih baju,kenalah yg selesa dipakai.
Begitu 'baju' for my blog ni,kenalah ngan sedap mata2 memandang.

Ok,yg pasti muka baru ni aku suka..korang tak suka,ada aku kisah?.hehehe..! ermm..byk benda nk kena update yg belum terupdate pun ada ni..adei,bila la aku nk update ek?.Nantilah...aku tgh rajin buang masa dengan games kat facebook ni.Jumpa lagi.

Thursday, May 19, 2011

Cinta Itu Sampai Akhir Hidupku



Lirik lagu ini punya kisah yg sama denganku..bagaimana nkku hadapinya Ya Allah..



Kuatkanlah aku....

Wednesday, May 18, 2011

Dah ku kata..



Dia adalah anugerahku yg Allah swt izinkan
Dia adalah kasihku yg Allah swt izinkan
Dia adalah cintaku yg Allah swt izinkan
Dia adalah sayangku yg Allah swt izinkan

Tetapi ku tanamkan sifat REDHA jika izinNya hanya seketika utkku.

Sukar benar tanpa dia,sukar benar Ya Allah
Kuatkanlah tabahku,teguhkan sabarku..kukuhkanlah imanku.

Kerna takkanku mampu tanpaMu..Dia hak ENGKAU,Ya Allah.
Dan KAU berhak utk mengambilnya semula...aku REDHA.

Sunday, May 15, 2011

Tiga Puluh Tahun Sudah

Salam,alhamdulillah.

Hari ni dah masuk 30 Tahun 3 hari,jam,minit saat tak tahu nak kira camne?.Malas nk kira sebenarnya...hahaha!

Setakat ni ada 2 sambutan hari lahir secara kecil-kecilan telah berlangsung,alhamdulillah.

Thanks to all my friends especially my close friends,Achik,adek fiza,niesa,sue,peti & lain² atas kiriman doa n sambutan yg diberikan.

Hanya Allah swt shj yg dapat membalas budi baik kalian semua.Yg ditunggu² tidak pula muncul utk wish my birthday.Ermm..xpelah,maybe dia terlupa nak fikirkan aku.

Jodoh hak Allah swt,so sape aku nk menentang.Moga diberikan jodoh yg baik.amin.

Mana gmbr?.ermm..nanti kat lappy sy updatekan gmbr² kat sini masa sambut besday tempoh hari k.Dalam pc ni xde gmbr² tue so kenalah tunggu.Sabar k.






Hari ni juga adalah hari konvokesyen my big brother,Amar Latif kat UiTM Shah Alam.Tahniah abg amar,alhamdulillah.Saya dah get ready nk pi sana tp abg amar tak sampai² lagi ni,mana dia ek?.Ok,nanti dah selesai segalanya,saya update k.

Jumpa lagi

Saturday, May 7, 2011

Sendiri

Entri hari ni 7 Mei khas utk meluahkan apa yg tersirat,tersurat yg belum dipos2 lg.Atau telah diwarkahkan cuma ayatnya belum ada kata penghabisan.Ermm?.

Aku byk menangis sejak akhir2 ini bila mengenangkan apa yg telah byk terjadi dlm hidup sepanjang berada dalam alam 20an.Ya,aku masih menghitung dan akan tetap menghitung selagi nafas masih ada,selagi belum sampai hembusan terakhir.Bilakah yg terakhirnya aku x tahu sebab hidup,mati,jodoh itu adalah kerjanya Allah swt.Aku hanya mampu merancang.

Aku byk pamirkan senyuman yg kelat,kulat & tawar sekadar utk menghiburkan hati yg lara,menyenangkan pada sesiapa yg berada disisiku agar mereka tidak gundah gulana utk aku.Mmg payah nk sorokkan kesedihan yg berpanjangan ini.

Bila aku bersama mereka yakni mereka yg hampir dgnku..mereka familiku,sahabat2ku n kawan2ku..aku usaha utk tenang.Tapi dlm hati hanya Dia yg tahu,berserabut.Ya Allah,kuatkan aku.

Tak pernah ada dlm hidup manusia ni nakkan kepahitan,nkkan kekecewaan.Jangan dinafikan org yg pernah mengecewakan hati org lain pun sebenarnya dia pun mahukan kebahagiaan walaupun dengan niat dia menyakiti hati insan yg sygkan dia.

Seperti kata dia,setiap apa yg berlaku dlm hidup ni kita kena redha..ada hikmah disebaliknya.Tapi pernahkah dia terfikir,utkku tatih satu persatu liku ni bukan 1 perkara yg mudah.Utk berkata2 apa sahaja teramat mudah bg mereka..bg dia.Jasad ini yg melaluinya merasai setiap pijakan yg sakit..pijakan yg pedih.Mmg susah awak tahu x?.

Tak mengapalah,aku redha walaupun dlm jiwa penuh rintihan.Mmg setiap yg berlaku ada hikmah.Hingga kini aku syukur,alhamdulillah iman tue ada utk aku terus berdri teguh,gagahi utk bangkit dr kejatuhan yg sering kali terjadi dlm hidup.

Bila fikirkan balik,kesusahan aku ni apalah sgt jika nak dibandingkan dengan mereka diluar sana yg lg perit menanggung derita.Tiada makan,tiada minum..kais pagi makan pagi,kais petang makan petang tp itu hidup mereka.Skrg ni hidup aku...entah apa kesudahannya?.Wallahu'alam.

Friday, May 6, 2011

Untuk Mawaddah

Assalamualaikum.

Entri kali ni nak cite pasal hp baru utk adik ambe,Mawaddah.Takdelah canggih sgt hp ni tp fungsi kamera,walkman & internet tue ada.Kira oklah hp ni utk Mawaddah yg baru 12 tahun.Kira ni hadiah utk waddah dr akak k,jaga molek2 tau.

Korang nk tgk hp dia camne?.ala..saiz kecik je,sliding & warna comei sgt.Jap ek,nk upload gmbr hp dia.



hah!! ni dia hp utk Mawaddah,cute x?.Cutekan cam tuannya..hehehe..sekali-sekala puji adik sendiri pe salahnya.Korang jgn jeles k..hehehe..! Ni hp SonyEriccson W100i.Murah je.



Ok x Mawaddah??.Akak beli sekali dengan no tel baru yg jugak chantek beb! Harap Mawaddah suka dengan pemberian akak ni.


Untuk adik2 yg lain tue,akak xleh nk janji.Ini pun akak x pernah janji pada Mawaddah kecuali pernah kata nak bg waddah hp lama akak tue adalahkan?.

Ok..jaga molek hp ni.Wsalam.

Tuesday, May 3, 2011

Selamat Tinggal Pangkal 2

Assalamualaikum,kawan2.

Selamat datang kepada new bloggers!.
Eceh cam ler aku ni senior...hahaha..blog pun br setahun jagung.

Tengok n baca tajuk post kali ni,tentu ada yg belum dpt pick up apa maksudnyakan??.
Meh sini nak story skit...ce cite..ce cite..jap,nk citer la ni.Dengar elok2 k.hehe!

Pada tanggal 12 Mei nanti akan genaplah umurku 30tahun,sweet 30 gitu..sweet ke?.Jgn terlebih manis sudah,bahye.Status still single but not looking.Bukan pe,malas nk pikiaq pasal kahwin2 ni..poning pale den.Biarlah jodoh tue dtg sendiri,doa je berterusan moga ada hok baik buleh bimbing ambe ni.Tp dalam hati masih ada dia..huhuhu!

" eh..ko,kojap loghat nogori,karang nganu kiter pulok.."

" dakpe ar..kiter kang 1 mesia...berbilang bangsa,pelbagai bahase..ye dop?.So gune hok mane buleh difahami n senang "

Ok,berbalik kepada tajuk citer diatas.Pangkal 2 tue akan jadi kenang-kenangan utkku selamanya.Dah xde dah umur 20an.Alhamdulillah bersyukur masih diberi nyawa oleh Allah swt utk melalui liku2 hidup yg kdg bahagia n kdg ada rencah dukanya.Tapi takpe,selagi ada iman didada diakal,hidup akan selamat.Malah akan kerap diuji bila niat nk berubah ke arah yg lebih baik,tul x?.

Dan yg paling bestnya..insyaAllah status baru utkku akan menjelma,status apa?.Kasi gempak skit..biar korang tertanya2.Jawapannya mmg takleh nk bgtau smpi ada pengesahannya.hehehe...biarlah rahsia bak kata Kak Siti Nurhaliza.Nok jugok masok name siti kat sini ek..huhuhu..sekali-sekala tumpang gleme kak siti.



12 Mei jatuh hari khamis,kalau hari cutikan best..leh gok sambut ngan kawan2.But yg bestnya ambe sokmo sambut ngan partner seperut ambe,sape lg kembo ambe laa.Tapi tak tahu sambutan kali ni guane gamok pasainya dia dok umah lain,suami de.Pepehal kena mintok izin suami..pahala!

Semalam plak baru lepas besday mama ambe,Azizah Binti Harun yg ke 57 tahun,sweet gak tue.hehee! Semoga mama diberkati Allah swt didunia mahupun diakhirat kelak,amin.



" xde hadiah utk mama,akak tgh kopak! sorry k "

Kisah sepanjang dalam usia 20 hingga 29 tahun mmg byk sgt.Tapi byk sedih drpd gembira cuma ambe redha jelah.Ketentuan Allah itu ada hikmahnya.Byk kisah cinta yg putus ditgh jalan,x kesampaian hingga ke jinjang pelamin.Belum jodoh,redha.Smpi skrg nk menginjak 30tahun pun masih belum ada jodoh ( mungkin ).

Dalam adik-beradik anak mama,ambe sorang je blum nikoh lg.Dakpe ar,ada ar jodoh tue nanti.Tggu n lihat je,x mboh cakak banyok!.Izzah bertemu jodohnya dengan Mohamad Azuwad pada tanggal 29 Mei 2009 pada usianya 28 tahun.Setahun selepas itu abg Amar bertemu jodohnya Nazmidatulsyima pada 14 Feb 2010.Alhamdulillah,ambe gumbira dah dikurniakan sister and brother in law ni.Dorang je belum dapat brother in law..hehehe!





Anak sedara belum ada lagi,doakanlah agar ambe leh dpt ramai anak2 sedara yer.hehehe..! Tapi yg bestnyer bertambah sepupu kembar,sama group ngan ambe yg kembar jugak.Kali ni alhamdulillah dpt Upin & Ipin pada 17 Feb 2011,nama dorang Muhammad Kariman & Muhammad Karimin.Comey bebeno dorang.Dan nak ditambah cerita,kakak n abg mereka pun kembar tp lain jantina.Suka sgt....!!!



ini Muhammad Kariman



ini pula Muhammad Karimin

Ok,sepanjang dalam usia 20 an,ambe byk dpt kawan2 malah sahabat2 yg baik2 belaka.Alhamdulillah sy rasa bertuah memiliki anda dan anda sebagai kawan n sahabat saya.Sayang korang semua!!!!



Maizatul Akmal a.k.a Achik



Fariza a.k.a Alang



Nazuha a.k.a zuha a.k.a adek manis..hehehe!





Sue,fiza & Adni Cempaka Sari ( anak sue )

Dan tak ketinggalan,yana & niesa'



serta ramai lagi kawan n sahabat.Tak larat nk cari & upload semua gmbr.Capek makcik!

Famili ambe plak makin bertambah dengan kehadiran mak baru a.k.a ummi and adik-beradik baru.Sayang mereka semua,sayang baba n mama.Sayang kembar saya..!



ini kembar ambe..comey dop?.



erm..rasanya setakat ni dulu.

oh ye..sebelum terlupa.Dalam usia yg hampir nk mencecah 30tahun,sy baru bekerja selama 9 bulan sebagai pekerja sambilan kat UKM,Bangi.Alhamdulillah,rezeki Allah.

ok..bersambung lagi yer.Salam.

Saturday, March 12, 2011

Ingin berubah perlu kuat IMAN

- Tetapkn diri dengan IMAN,insyaAllah akan temui jalan.Tetapkn diri dengan IMAN,insyaAllah akan bahagia berpanjangan.Tetapkan diri dengan IMAN,insyaAllah akan senang dihari kemudian.Tetapkan diri dengan IMAN,insyaAllah akan dipermudahkan segala urusan - w!th L0vE

Yusra
05/03/2011

- Seseorang itu akan lebih bahagia jika dia mencampurkan rempah-ratus SABAR & DOA kepada Allah swt tanpa putus dalam hidup -

Yusra
10/03/2011

- Teruskan hidup walaupun sering dilanda badai,Ya Allah padaMu ku pohon kekuatan ini terus berada dlm hidupku hingga akhir hayat nanti,amin. -

Yusra
12/03/2011

- Ada iman,enaknya hidup.Ada iman,tenangnya hidup.Ada iman,gembiranya hidup.Ada iman,selesanya hidup.Ada iman,bahagianya hidup.Ada iman,sedapnya hidup.Ada iman,nyamannya hidup.Ada iman barulah merasa syurga hidup. -

Yusra
12/03/2011